SEKSYEN VERIFIKASI

1) Menjalankan aktiviti pengesahan verifikasi keselamatan dan kualiti makanan bagi bahan mentah, pemprosesan makanan dan produk akhir untuk memenuhi keperluan sistem jaminan keselamatan makanan seperti Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP), Good Manufacturing Practice (GMP), Good Hygiene Practice (GHP) dan kehendak perundangan.

2) Menjalankan verifikasi ke atas keberkesanan aktiviti keselamatan makanan yang dilaksanakan oleh BKKM. Sistem verifikasi dijalankan dengan penumpuan kepada aktiviti pengumpulan dan penilaian data saintifik, pemerhatian teknikal untuk menentukan sama ada aktiviti kawalan berkesan untuk mengawal bahaya. Penemuan daripada aktiviti verifikasi boleh digunakan untuk menghasilkan garis panduan atau prosedur operasi piawai (SOP) berkaitan.

3) Memberikan khidmat nasihat berkenaan kecukupan dokumen kepada pihak industri bagi permohonan pensijilan PJKM

4) Menyediakan garis panduan dan latihan penggunaan alatan pemeriksaan premis makanan

5) Menyediakan latihan in-house berhubung teknologi dan penggunaan peralatan yang boleh digunakan bagi tujuan verifikasi di lapangan. 

SEKSYEN FORMULASI

1) Menjalankan penyediaan spesifikasi untuk bahan-bahan mentah dan bahan-bahan makanan yang tidak boleh melebihi tahap maksimum yang dibenarkan dan bebas dari sebarang pencemaran dilarang

2) Penyediaan formulasi komoditi makanan tempatan untuk dibangunkan oleh Cawangan Simulasi  dan Cawangan Perkhidmatan Makanan

3) Menjalankan penentuan spesifikasi bagi penggredan bahan tambah dalam makanan
- Food grade certificate bagi aditif makanan untuk ditawarkan oleh Cawangan Jaminan Kualiti.

Tanya AIman
AIman
Tanya AI-man
Kadang-kadang jawapan AI-man mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.