Perkhidmatan permohonan Khidmat Nasihat Pelabelan ini ditawarkan kepada industri yang memerlukan khidmat nasihat pelabelan secara pilihan (tidak mandatori).
Khidmat Nasihat Pelabelan diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya pihak industri dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang perlu dipatuhi pada label produk makanan.
Khidmat Nasihat Pelabelan bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak industri mengenai kesalahan secara terperinci pada label makanan.
Permohonan Khidmat Nasihat Pelabelan perlu dihantar secara atas talian melalui laman web https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home
Setiap permohonan semakan label perlu dilampirkan dengan maklumat seperti berikut:
Caj sebanyak RM 1,000.00 bagi setiap label dikenakan bagi permohonan tersebut dan piagam pelanggan adalah selama 14 hari dari tarikh lengkap permohonan diterima.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sistem FOSIM. Hanya permohonan yang telah memenuhi keperluan pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan mendapat keputusan LABEL PATUH sahaja akan mendapat ‘surat tiada halangan’ daripada PKKM.
Surat tersebut akan diemelkan kepada pemohon dan akan dihantar sama ada melalui pos atau pemohon boleh mengambilnya sendiri di pejabat PKKM.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Pn. Nor Azmina binti Mamat@Muhammad di talian 03-88850797 sambungan 4048 atau emel ke [email protected]
Pn. Rabia'atuladabiah binti Hashim di talian 03-88850797 sambungan 4272 atau emel ke [email protected]