PENGENALAN
Pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai mengamalkan elemen-elemen GMP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna.Skim Pensijilan GMP telah dilancarkan untuk memberikan pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang berjaya mengamalkan dan mengekalkan sistem GMP di premis makanan.
SKOP
Permohonan untuk mendapatkan sijil ini adalah terbuka kepada semua jenis pengusaha premis makanan yang terlibat dalam pengilangan makanan. Pemohon hendaklah melaksana dan mengamalkan semua elemen GMP yang terkandung di dalam Malaysian Standard 1514:2009 Proses pensijilan melibatkan audit kecukupan, pematuhan dan pemantauan oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM).
OBJEKTIF
Objektif Skim Pensijilan GMP ini adalah untuk member pengiktirafan rasmi kepada premis makanan yang telah berjaya melaksana dan mengamalkan semua kriteria skim pensijilan GMP.
FAEDAH
SYARAT PERMOHONAN
Syarat Umum:
Syarat Khusus:
Sistem GMP perlu dibangunkan dan didokumenkan berdasarkan kepada Malaysian Standard 1514:(Latest Revision).
KOS PENSIJILAN GMP
KOS | INDUSTRI BESAR | SME | MIKRO |
BAYARAN PERMOHONAN BARU | RM 4,700 | RM 3,500 | RM 2,300 |
BAYARAN PERMOHONAN PEMBAHARUAN | RM 3,500 | RM 2,600 | RM 1,800 |
BAYARAN PERMOHONAN SURVEILAN** | RM 1,600 | RM 1,600 | RM 1,600 |
*Bayaran perlu dibuat di atas nama “KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA”.
Semua pembayaran perlu dilakukan dalam sistem FoSIM (https://fosim.moh.gov.my)
Definisi:
Industri Besar : Mempunyai 150 orang pekerja sepenuh masa dan ke atas dengan jualan tahunan adalah RM25 juta dan ke atas.
Industri Kecil Sederhana (SME) : Mempunyai <150 pekerja sepenuh masa dengan jualan tahunan < RM25 juta
Mikro Enterprise : Mempunyai < 5 pekerja sepenuh masa dengan jualan tahunan kurang daripada RM250,000
PROSES PERMOHONAN
Premis perlu membuat permohonan GMP secara atas talian melalui laman web https://fosim.moh.gov.my
TEMPOH SAH LAKU
Tempoh sah laku pensijilan GMP adalah selama tiga (3) tahun. Audit pemantauan akan dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia secara berkala ke atas premis terbabit.
PEMBAHARUAN PENSIJILAN GMP
Permohonan pembaharuan pensijilan GMP perlu dilakukan secara atas talian melalui laman web http://fosim.moh.gov.my (6) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sijil. Kos permohonan pembaharuan pensijilan GMP adalah seperti jadual di atas.
Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) merupakan peraturan, kod dan garis panduan yang mengawal keadaan operasi dalam sesebuah premis makanan bagi membolehkan penghasilan makanan yang selamat. Garis panduan ini memberikan panduan mengenai prosedur permohonan pensijilan GMP daripada KKM.
Permohonan untuk mendapatkan pensijilan ini adalah kepada premis pemprosesan makanan dan perkhidmatan makanan. Pemohon hendaklah melaksana dan mengamalkan semua elemen-elemen GMP yang terkandung di dalam Malaysian Standard MS1514 Good Manufacturing Practice (GMP). Proses pensijilan melibatkan audit kecukupan, pematuhan, pemantauan dan pembaharuan oleh juruaudit yang dilantik oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM.
Tujuan skim pensijilan ini adalah untuk memberi pengiktirafan ke atas premis pemprosesan makanan dan perkhidmatan makanan yang melaksanakan GMP. Pengiktirafan ini akan meningkatkan keyakinan pengguna ke atas produk yang dikeluarkan dan membantu dalam meluaskan pasaran produk mereke ke peringkat antarabangsa dan juga bagi mematuhi perundangan dan standard semasa.
Senarai Pemegang Sijil GMP
Manakala pemegang Sijil GMP boleh disemak di Akses Awam pada pautan https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
---|---|---|---|
1 |
Garis Panduan GMP
|
18 Apr 2023 PDF | 82.39 KB |
|
2 |
Spesifikasi Logo GMP KKM
|
18 Apr 2023 PDF | 879.03 KB |
|
3 |
GUIDELINE FOR MALAYSIAN CERTIFICATION SCHEME FOR HAZARD ANALYSIS AND CRITICAL CONTROL POINT (HACCP) AND GOOD MANUFACTURING PRACTICE (GMP)
|
19 Jan 2025 PDF | 325.18 KB |
|
4 |
Manual Permohonan Pensijilan GMP (Pemohon) melalui sistem FoSIM.pdf
|
16 Aug 2023 PDF | 3.00 MB |
|