Prosedur Pengimportan Makanan (Untuk Tujuan Komersil)

Langkah 1: Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mengimport

  1. Memastikan makanan yang diimport mematuhi Akta Makanan Malaysia 1983 dan Peraturan-peraturannya, terutama sekali berkaitan dengan keselamatan, piawaian dan pelabelan.
  2. Memastikan makanan tersebut tidak berada di bawah bidang kuasa Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia.
    Makanan yang diimport perlu dipastikan tidak berada di bawah bidang kuasa NPRA.
  3. Kenal pasti sama ada makanan memerlukan dokumen tambahan apabila ia diimport.
    Anda perlu mengenal pasti sama ada makanan yang diimport memerlukan dokumen seperti Sijil Kesihatan, Sijil Analisis, atau Lesen. Sijil Kesihatan hendaklah dalam versi asal. Anda boleh muat turun senarai produk makanan tersebut di: Senarai Produk (PDF).
  4. Agen pengimport dan penghantaran (broker kastam) perlu mendaftar dengan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM).
    Pendaftaran diperlukan untuk mengakses sistem elektronik FoSIM yang menghubungkan pengimport dengan sistem Jabatan Kastam Diraja Malaysia (CIS). FoSIM membolehkan pengurusan import makanan berdasarkan risiko. Info lanjut boleh didapati di: http://fsis2.moh.gov.my/fosimv2.
  5. Makanan bayi yang diimport hendaklah mematuhi Kod Etika untuk Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan 2008 yang dikawal oleh Jabatan Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Maklumat lanjut di: http://nutrition.moh.gov.my.
  6. Memastikan bahan makanan dan makanan yang diperoleh melalui bioteknologi moden telah mendapat kelulusan oleh Jabatan Biokeselamatan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Malaysia (KeTSA).
    Organisma atau makanan yang diubah suai secara genetik (GMO) perlu diluluskan terlebih dahulu dan mematuhi pelabelan mengikut Peraturan Makanan 1985. Lihat senarai kelulusan di: https://www.biosafety.gov.my/en/perkhidmatan/keputusan-lbk/.
  7. Makanan tertentu mungkin memerlukan permit / lesen / keperluan lain dari agensi kerajaan lain seperti MAQIS.
    Permit atau lesen mungkin diperlukan dari agensi lain seperti MAQIS (di bawah KPKM). Untuk maklumat penuh, rujuk Perintah Kastam (Larangan untuk Import) 2023 atau lawati: http://www.customs.gov.my.
  8. Keperluan Pengimportan Makanan Yang Telah Dirawat Dengan Radiasi Mengion
    Makanan ini mesti mematuhi Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011. Jika tiada Perakuan Iradiasi, pengimportannya dilarang. Keperluan pelabelan juga mesti dipatuhi mengikut peraturan ini.

Langkah 2: Pelepasan Makanan Import Melalui FoSIM

Semua pelepasan import makanan diberikan melalui Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM).


Langkah 3: Pemeriksaan Makanan Import di Pintu Masuk

Rajah prosedur menunjukkan bagaimana pemeriksaan dilakukan di pintu masuk.

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Pemeriksaan Makanan Import di Pintu Masuk

  1. Terdapat enam (6) tahap pemeriksaan bagi menentukan risiko makanan tersebut, iaitu:
    • Tahap 1: Pelepasan Automatik Tanpa Syarat – konsainan dilepaskan secara automatik.
    • Tahap 2: Pemeriksaan Dokumen Spesifik – pegawai meneliti dokumen berkaitan.
    • Tahap 3: Pemantauan Berasaskan Risiko – pemeriksaan wajib dilakukan dan sampel mungkin diambil.
    • Tahap 4: Surveilan Pengawasan – pemeriksaan dan pensampelan wajib dilakukan sebelum pelepasan.
    • Tahap 5: Tahan, Uji dan Lepas – makanan ditahan dan hanya dilepaskan selepas keputusan makmal.
    • Tahap 6: Penolakan Automatik – sistem menolak secara automatik.
  2. Surat kelulusan diperlukan untuk makanan yang diimport seperti berikut:
    • Makanan untuk tujuan penyelidikan
    • Makanan untuk tujuan pameran
    • Makanan khas untuk pesakit kritikal (permohonan hospital)
    • Kegunaan persendirian
    • Hadiah
    • Kelulusan khas daripada Menteri
  3. Makanan yang didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturannya boleh dikenakan tindakan berikut:
    • Penolakan kemasukan dan dihantar semula ke negara asal
    • Notis penarikan balik jika makanan telah memasuki negara
    • Tahap 5 akan dikenakan terhadap konsainan berikutnya dari pengeksport yang sama
    • Pelupusan
    • Pelabelan semula, pemprosesan semula, atau pembaikan mutu makanan
    • Tindakan mahkamah

Tunjukkan Semua Item 

Carta Alir Aktiviti Kawalan Makanan Import
No
Keterangan
Tarikh / Jenis / Saiz
Tindakan
1
Carta Alir Prosedur Pengimportan Makanan Untuk Pengimport dan Agen.pdf
Tarikh Dimuatnaik: 15 Aug 2023
Saiz: 415.78 KB
15 Aug 2023
PDF | 415.78 KB
 
Untuk membuka fail ini, anda perlu memuat-turun Adobe Reader di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader
Tanya AIman
AIman
Tanya AI-man
Kadang-kadang jawapan AI-man mungkin tidak tepat.
Sentiasa semak fakta.