Pelan Strategik Keselamatan dan Kualiti Makanan 2018 – 2020 merupakan satu dokumen yang menggariskan perancangan strategik organisasi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan yang dibangunkan berdasarkan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) dan Pelan Strategik KKM 2016-2020. Pelan strategik ini dibangunkan bertujuan untuk mencapai halatuju strategik Program Keselamatan dan Kualiti Makanan sejajar dengan keperluan dan keadaan semasa penggubalan dasar serta perundangan berkaitan sistem kawalan keselamatan dan kualiti makanan. Pelan strategik ini melaporkan tentang latar belakang Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, pencapaian prestasi, pelaksanaan aktiviti dan program serta isu dan cabaran yang dihadapi. Pelan ini juga menyatakan halatuju Program Keselamatan dan Kualiti Makanan merangkumi teras strategik, langkah strategik, petunjuk prestasi dan sasaran pencapaian. Dalam memastikan objektif utama pelan strategik ini tercapai, Program Keselamatan dan Kualiti Makanan akan memberi fokus dan menggariskan tiga (3) strategi berikut:-
1) Mempergiat Kerjasama Antara Sektor Awam, Swasta dan NGO
2) Mengukuhkan Pemantauan Keselamatan Makanan Di Sepanjang Rantaian Bekalan Makanan
3) Mengukuhkan Tadbir Urus dan Keupayaan Organisasi.
No |
Keterangan |
Tarikh / Jenis / Saiz |
Tindakan |
---|---|---|---|
1 |
Buku Pelan Stategik 2018-2020
|
15 Aug 2023 PDF | 1.53 MB |
|