Suruhanjaya Codex Alimentarius (biasanya dirujuk sebagai Codex) adalah badan yang ditubuhkan secara bersama-sama pada tahun 1960 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membangunkan standard makanan di bawah Program Standard Makanan Bersama FAO/WHO. Kini, Suruhanjaya Codex Alimentarius mempunyai 189 Ahli Codex terdiri daripada 188 Negara Ahli dan 1 Organisasi Ahli (Kesatuan Eropah).
Maklumat terkini berkenaan Codex seperti Standard, Garis Panduan dan Kod Amalan boleh diakses melalui laman sesawang Codex Alimentarius.
Procedural Manual 28th Edition | Kursus E-Pembelajaran Codex |
---|---|
![]() |
![]() |
Jawatankuasa Kebangsaan Codex (JKC) & Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan(JKCK)
Jawatankuasa Kebangsaan Codex (JKC) & Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan (JKCK) adalah platform yang ditubuhkan untuk mendapatkan dan membincangkan input daripada pemegang taruh sebagai persediaan dalam mengemukakan pendirian negara kepada Suruhanjaya Codex Alimentarius (CAC) atau badan subsidiarinya. Ahli JKC dan JKCK terdiri di kalangan agensi kerajaan, badan profesional, ahli akademik dan pemain industri makanan
Kenali Jawatankuasa Kebangsaan Codex (JKC) & Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan (JKCK)
BIL |
NAMA JAWATANKUASA |
MAKLUMAT SEKRETARIAT |
---|---|---|
1. |
JKC: Jawatankuasa Kebangsaan Codex |
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM |
2. |
JKCK CAC: Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan Codex Alimentarius Commission |
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM |
3. |
JKCK EXEC: Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan Executive Committee |
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM |
4. |
JKCK GP: Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan General Principles |
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM |
5. |
JKCK Asia: Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan FAQ/WHO Regional Coordinating Committee For Asia |
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM |
6. |
JKCK FL: Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan Food Labelling |
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM |
7. |
JKCK CF: Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan Contaminants in Foods |
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM |
8. |
JKCK FA: Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan Food Additives |
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM |
9. |
JKCK FICS: Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan Food Import and Export Inspection and Certification Systems |
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM |
10. |
JKCK NFSDU: Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan Nutrition and Foods for Special Dietary Uses |
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM |
11. |
JKCK RVDF: Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan Residues of Veterinary Drugs in Foods |
Jabatan Perkhidmatan Veterinar, KPKM |
12. |
JKCK PR: Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan Pesticide Residue |
Jabatan Pertanian, KPKM |
13. |
JKCK FH: Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan Food Hygiene |
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM |
14. |
JKCK SCH: Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan Spices and Culinary Herbs |
Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM |
Malaysia sebagai Negara Tuan Rumah, Pengerusi dan Sekretariat CCFO
Jawatankuasa Codex bagi Lemak dan Minyak (Codex Committee on Fats and Oils -CCFO) adalah satu badan subsidiari di bawah Suruhanjaya Codex Alimentarius (CAC) yang bertanggungjawab untuk menyediakan standard global untuk lemak dan minyak makan daripada sumber haiwan, sayuran dan marin termasuk minyak sawit, minyak ikan, lemak sapuan, minyak zaitun dan lain-lain.
Selaras dengan mandat Codex yang bertujuan melindungi kesihatan pengguna dan memudahcarakan amalan yang adil dalam perdagangan makanan, Mesyuarat CCFO bersidang setiap dua tahun sekali dan dihadiri oleh negara ahli dan pertubuhan pemerhati dari seluruh dunia.
SEJARAH CCFO
United Kingdom selaku negara tuan rumah CCFO telah mengadakan Mesyuarat CCFO sesi pertama pada 25-27 Februari 1964 di London, United Kingdom dan terus menjadi tuan rumah sehingga Sesi ke-20 CCFO pada tahun 2007.
Malaysia telah dilantik sebagai negara tuan rumah CCFO mulai tahun 2007 dan telah menganjurkan bermula Sesi ke-21 CCFO pada tahun 2009 di Sabah, Malaysia. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia adalah merupakan Pengerusi dan Sekretariat CCFO.
Malaysia melalui BKKM mengambil bahagian di platform antarabangsa di bawah skop keselamatan dan kualiti makanan seperti Asia Pacific Economic Cooperation (APEC) dan kerjasama bilateral dan multilateral termasuk CPTPP, RCEP, AANZFTA, MAFTA dan lain-lain.
Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara, atau ASEAN, telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand, dengan tandatangan Deklarasi ASEAN (Deklarasi Bangkok) oleh Pengasas ASEAN: Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Thailand. Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada 7 Januari 1984, diikuti oleh Viet Nam pada 28 Julai 1995, PDR Lao dan Myanmar pada 23 Julai 1997, dan Kemboja pada 30 April 1999, membentuk sepuluh Negara Ahli ASEAN seperti yang ada hari ini.