Permohonan semakan label diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai salah satu cara pihak industri memastikan label produk makanan yang dijual di pasaran mematuhi Akta Makanan dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang telah ditetapkan.
Semakan label bertujuan untuk membekalkan maklumat yang betul dan jelas tentang sesuatu produk makanan. Label makanan hendaklah mematuhi semua peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Semakan label adalah untuk memaklumkan sama ada label mereka mematuhi atau tidak mematuhi peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan perincian kesalahan tidak dinyatakan.
Permohonan semakan label perlu dihantar secara atas talian melalui laman web https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home.
Setiap permohonan semakan label perlu dilampirkan dengan maklumat seperti berikut:
Caj sebanyak RM250.00 dikenakan untuk setiap permohonan semakan label dan piagam pelanggan adalah 15 hari dari tarikh lengkap permohonan diterima.
Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sistem FOSIM. Hanya permohonan yang telah memenuhi keperluan pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan mendapat keputusan LABEL PATUH sahaja akan mendapat ‘surat tiada halangan’ daripada PKKM.
Surat tersebut akan diemelkan kepada pemohon dan akan dihantar sama ada melalui pos atau pemohon boleh mengambilnya sendiri di pejabat PKKM.
Pn. Nor Azmina binti Mamat@Muhammad di talian 03-88850797 sambungan 4048 atau emel ke [email protected]
Pn. Rabia'atuladabiah binti Hashim di talian 03-88850797 sambungan 4272 atau emel ke [email protected]