SEKSYEN PERKHIDMATAN MAKANAN |
1) Menyediakan dapur simulasi penyediaan makanan berskala besar (mass catering) dan berskala sederhana (restoran) yang bersih dan selamat yang akan digunakan sebagai: i) Rujukan dan latihan khasnya bagi Sekolah Latihan Penyelia Perkhidmatan Makanan bagi melahirkan penyelia perkhidmatan makanan yang terlatih, sebagaimana keperluan perundangan. ii) Penyediaan sampel Total Diet Study (TDS), iaitu penyediaan makanan yang diperlukan dalam kajian yang dijalankan oleh Seksyen Trend dan Penilaian Risiko. 2) Menjalankan latihan simulasi perkhidmatan makanan bagi: i) Tenaga pengajar pengendali makanan bagi melahirkan trainer yang berkompeten ii) Latihan kepada pengusaha katering bagi skim pensijilan berkaitan di bawah BKKM seperti Trust My Catering, BeSS, Latihan Penyelia Perkhidmatan Makanan dan lain-lain 3) Menjadi pusat rujukan dan konsultasi dalam perkhidmatan makanan untuk mewujudkan industri perkhidmatan makanan yang lebih kompetetif 4) Sewaan tempat bagi tujuan pengkomersilan |
SEKSYEN SIMULASI |
1) Menjalankan kajian simulasi penghasilan produk makanan berdasarkan proses sebenar pemprosesan makanan bermula dari penerimaan bahan mentah, penyimpanan, pemprosesan dan pengedaran 2) Menjalankan simulasi terhadap produk makanan berdasarkan keperluan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan yang berkaitan. Simulasi ini termasuk mengenalpasti spesifikasi dan parameter untuk pemprosesan bagi skala Industri 3) Menjalankan penilaian pemprosesan berdasarkan langkah/ proses umum/ generic/ sedia ada serta penilaian langkah pemprosesan bagi produk baru (inovasi) 4) Menilai dan menentusahkan spesifikasi dan parameter pemprosesan bagi sesuatu produk (spt. penetapan suhu,komposisi, masa dan sebagainya). 5) Menjalankan penilaian atas permintaan aktiviti penguatkuasaan (Analisa berkaitan akan di rujuk kepada Bahagian Sokongan Analitikal) 6) Penilaian produk dan pembungkusan: ii) Keselamatan bahan pembungkus sebagai FCM iii) Menilai produk dan pembungkus yang diperlukan oleh pelanggan (Analisa bagi bahan pembungkus akan dirujuk kepada Bahagian Sokongan Analitikal) |