1) Menguruskan semua hal-hal berkaitan pentadbiran NCFS yang merangkumi Pengurusan Am, Kewangan, Pengurusan Teknologi Maklumat (IT) serta sokongan teknikal lain.
2) Memastikan semua keperluan sumber NCFS mencukupi dan diuruskan mengikut prosidur pentadbiran yang telah ditetapkan.
FUNGSI SPESIFIK:
PENGURUSAN AM
1) Menyediakan dan menguruskan semua urusan pentadbiran, perkhidmatan dan juga pengurusan kakitangan termasuk keperluan am yang lain seperti pengurusan stor dan rekod.
PENGURUSAN KEWANGAN
2) Menguruskan urusan berkaitan perancangan dan pengurusan kewangan NCFS bagi memastikan semua urusan terimaan, bayaran dan kutipan hasil mematuhi peraturan kewangan yang sedia ada.
TEKNOLOGI MAKLUMAT
3) Bertanggungjawab dalam memastikan sistem IT yang diwujudkan di NCFS sentiasa diselenggara dan dalam keadaan yang baik. Selain itu, pengurusan IT juga akan memastikan data saintifik yang dijana dan disimpan di dalam sistem server NCFS adalah selamat dan boleh digunakan bila-bila masa diperlukan.
SOKONGAN TEKNIKAL
4)Memastikan bangunan NCFS sentiasa dalam keadaan yang baik, selamat dan diselenggara.