SEKSYEN PEMBANGUNAN BAHAN STANDARD DAN PROFICIENCY TESTING (PT) |
1) Merancang dan melaksanakan pembangunan program PT anjuran NCFS secara berterusan dan memenuhi semjua skop perkhidmatan analisis makanan. 2) Penyediaan sampel Proficiency Testing (PT) berdasarkan perancangan yang dipersetujui di peringkat NCFS 3) Menganalisis secara statistik semua data ujian penganjuran program PT (True value, nhomogeneity dan stability) termasuk data keputusan program PT selaras dengan keperluan ISO 13528 4) Memperolehi pengiktirafan ISO bagi penyediaan PT dan CRM di bawah Jabatan Standard Malaysia 5) Membangunkan bahan CRM bagi matrik/komoditi utama makanan Malaysia dan antarabangsa bagi menangani limitasi dalam penawaran perkhidmatan analisis yang tertentu. 6) Menguji bahan CRM yang disediakan dari masa ke semasa sebagai langkah kawalan kualiti dan menjalankan analisiis data berdasarkan keperluan ISO13528. 7) Menjalankan kajian kestabilan bahan standard yang dihasilkan terhadap jenis produk makanan (matriks makanan) bagi menghasilkan bahan standard dengan skop yang lebih meluas. 9) Menjalankan analisis ketulenan bahan standard yang digunakan dalam analisis dan juga ketulenan bahan standard makanan di dalam produk makanan. 11) Menjalankan pengumpulan data dari masa ke semasa bagi mengenalpasti potensi penganjuran PT dan CRM yang stabil dan boleh disediakan untuk kegunaan analisis makanan. |
SEKSYEN JAMINAN KUALITI |
1) Menjalankan pengawalan terhadap semua sistem kualiti yang terlibat khasnya bagi memastikan semua data saintifik yang dihasilkan adalah boleh dipercayai dan mematuhi piawaian yang ditetapkan 2) Menjalankan pembangunan standard dokumen kualiti yang digunapakai di NCFS dan juga Program Keselamatan dan Kualiti Makanan. 3) Menawarkan program Proficiency Testing dan kalibrasi peralatan termasuk Certified Reference Material dan Food Grade Certification 4) Menawarkan perkhidmatan kalibrasi peralatan untuk pelanggan dalaman dan luaran. 5) Menjalankan verifikasi peralatan audit tools bagi pemeriksaan premis 6) Bertindak sebagai Koordinator bagi program PT anjuran NCFS bagi peringkat Nasional dan Antarabangsa 7) Bertindak sebagai koordinator bagi pengeluaran Certified Reference Material dan Pensijilan ‘Food grade’ bagi aditif makanan yang diformulasi 8) ) Menyelaras dan menjalankan aktiviti audit dalaman (NCFS dan Makmal Makanan, KKM) dan audit verifikasi (makmal swasta – pengiktirafan KKM) 9)Menguruskan proses akreditasi dan pensijilan NCFS dalam memperolehi dan mengekalkan sistem kualiti MS ISO 9001, ISO/IEC 17025, SO/IEC 17043 dan ISO/IEC 17034. |